Wednesday, August 08, 2018

Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018


Ucapan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 pada 8-Aug-2018

Full video
https://m.youtube.com/watch?v=Pgn2wny8Ulg&feature=youtu.be

Saya bangun untuk menyertai perdebatan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018.

Rang Undang-undang yang dibentangkan pada Dewan Rakyat selepas PRU14 ini antara lain RUU Cukai Perkhidmatan 2018, RUU Cukai Jualan 2018, Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 dan pindaan RUU berkaitan, RUU Antiberita Tidak benar (Pemansuhan) 2018.  First few legislative business for the House ialah Repeal atau pemansuhan beberapa Akta yang diluluskan semasa regime BN.  

Niat bersama Eksekutif dan Legislatif ialah untuk memperbetulkan apa yang tidak betul, mendedahkan apa-apa salah laku, skandal dan kepincangan.

Kalau kita menimbas balik 3 tahun 2 bulan pelaksanaan GST sejak 1 April 2015 ialah kelemahan-kelemahan ketara pelaksanaan GST:

Antara kepincangan ketara pelaksanaan GST di Malaysia ialah:
(1)  Peraturan yang kompleks dan compliance cost tinggi untuk perniagaan sehingga ada peniaga kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat yang memilih untuk tidak meneruskan perniagaan menjelang pelaksanaan GST.
(2)          Pihak peniagaan mengharapkan 2 tahun amnesty period tetapi tiada amnesty period tetapi audit GST yang aktif serta penguatkuasaan yang ketat.  
(3)          Mekanisme GST refund yang memakan makan masa terlalu lama.
(4)          Beban ke atas rakyat memandangkan dikenakan ke atas 60% (bakul barangan) basket of goods di bawah Consumer Price Index (CPI).  Dari cradle ke grave – dari kelahiran sampai kematian.


Kelmarin, Menteri mendedahkan bahawa ada kes cukai input yang perlu refund sehingga melebihi 3 tahun pun belum dipulangkan wang refund GST dan juga wang tersebut tidak dimasukkan ke Akaun Amanah. Jumlah yang belum dipulangkan ialah RM19.4 billion. 

Ini merupakan satu tindakan yang memang tidak mematuhi Peraturan Kewangan dan saya ingin mengkritik mantan Menteri Kewangan kerana gagal menjalankan tugas beliau untuk memastikan prosedur kewangan diikuti dengan betul. Saya juga hairan kenapa Internal Audit di Kementerian Kewangan dan juga Ketua Audit Negara tidak mendedahkan perkara ini dan tidak menegur salah laku tersebut.

Saya membaca banyak rintihan dari komuniti perniagaan dan perakaunan bahawa isu-isu yang mereka prihatin berkenaan post-GST period ialah antara lain:
1.   
    
    Seksyen 8(1) Tuntutan bagi cukai input dan pembayaran balik dalam masa seratus dua puluh hari dari tarikh yang ditetapkan.
Saya mendengar Menteri menyatakan proses pembayaran balik cukai input (dalam kes clear cut, tanpa dispute berkenaan hal cukai)  yang sepatutnya 14 hari boleh dilakukan juga dalam tahun 2019 dan bukan 3 tahun.

Saya berasa simpati terhadap Menteri dan juga pegawai Menteri Kewangan kerana bekerja bertungkus lumus untuk memperbetulkan apa yang songsang dari segi kewangan.

Kekhuatiran saya ialah samada Kerajaan mempunyai keupayaan untuk membuat pemulangan wang tersebut memandangkan tiada kutipan GST yang akan datang dan kutipan SST masih belum dapat dikuatkuasakan sehingga semua proses legislatif selesai.  

Tuan Speaker, saya terhidu bau. Bukan bau durian. Tetapi bau skandal.

Ini merupakan collective responsibility of the Cabinet.  Pecah amanah. Ini satu skandal 19.4 billion.

Betul jasin, tiada sebuah negara gst ke sst. Tetapi, tiada satu negara pun yang 19.4 billion riggit tidak pulangkan kepada cukai input, tidak masuk ke akaun amanah.

Pontian kata rugi tak kutip 3 bulan. Bila laksana GST, Pontian dan Pekan pergi ke Jabatan Kastam untuk check computer system untuk lihat samada wang sudah masuk. Tetapi pergi turun padang dengar rintihan perniagaan yang ditutup menjelang pelaksanaan GST.

Rembau: Demonize GST. Sebagai Menteri, collective responsibility.

2.     Seksyen 4(1) juga menyatakan penerusan liabiliti, terkurang bayar boleh dikutip oleh Kastam Diraja Malaysia.

Dengan seksyen ini,  terdapat obligasi dari perakaunan untuk simpan dokumen dan file untuk 7 tahun. Masih terdapat keperluan untuk perniagaan untuk file Borang GST-3 sehingga notis oleh Pengarah Kastam. Mengikut Akta ini, pihak Kastam masih berkuasa membuat GST audit selepas pemansuhan Akta GST.

Saya meminta pihak Pengarah Kastam untuk mengeluarkan satu clear cut Practice Notes peralihan dari GST ke SST supaya peniaga-peniaga boleh mendapat gambaran yang sepenuhnya semasa tempoh peralihan ini.

     Saya berharap pemansuhan GST dan perkenalkan SST ini akan mengurangkan beban rakyat dan juga beban sektor perniagaan memandangkan SST hanya akan dikenakan ke atas 38% untuk basket of goods di bawah Consumer Price Index (CPI) berbanding 60% di bawah GST.  

Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018.

No comments: